Thursday, May 27, 2010

Setiap derapan bersama imbuhan~

Permulaan kalam,bismillah~

Masuk minggu ini, bermakna sudah tiga minggu Dhuha dan sahabat-sahabat tinggal sebumbung di bawah bumbung Baitul Muslim. Kawasan kampus yang berdekatan dengan Baitul muslim,membuatkan kami rasa bersyukur. Perjalanan hanya memakan masa tidak lebih dari 5 minit jika menaiki kenderaan seperti kereta dan juga motor. Namun, 5 sahabat dari Fakulti Syariah & undang-undang seakan-akan merancang. Kelima mereka tidak mempunyai lesen motor, tambahan pula hanya tiga orang dari mereka sahaja yang pandai mengendalikan ciptaan manusia tersebut. Hanya Wardah,Nishi dan Mujaheedah[sikit2] yang berkemahiran menunggang motosikal. Haura' dan Dhuha hanya berkemahiran menjadi pembonceng kepada sahabat2nya. Oleh sebab itu, perjalanan yang sepatutnya memakan masa 5 minit telah menjadi 25 minit.

Hari pertama berjalan menuju ke kampus, mereka di iringi oleh nasyid Kump Shoutul Harakah 'Gelombang Keadilan'.
Hari kedua, berjalan di bawah teduhan payung. Angin yang kuat menyebabkan payung Mujaheedah yang baru sahaja dibeli, telah mengalami sedikit kerosakan.
Hari ketiga. Berjalan beriringan. Bersama-sama. Berbual-bual. Mereka dikejutkan dengan salakan anjing. Sebahagian dari mereka mempercepatkan langkah, tidak kurang juga yang berlari,walhal anjing tersebut telah ditambat tuannya. Terkejut bukan kepalang Dhuha dan juga sahabat-sahabat apabila mereka disalak anjing. *anjing tu nak bergurau tu*
Hari keempat. Perjalanan kali ini tetap diteruskan. Namun, dengan ketelitian Nishi, mereka telah menemukan jalan 'shortcut'. Perjalanan hanya mengambil masa 15 minit. Jimat 10 minit! Namun,setiap kesenangan pasti disertai dengan kesusahan. *longkang besar dihadapan*

Setiap hari mengharungi perjalanan yang sama di bawah terik matahari, sedikit sebanyak melelahkan mereka. Namun, setiap dari ahli baitul muslim tidak pernah merungut akan hal ini. Mereka tahu dan mengerti bahawa mereka harus menempuhi ujian ini. 'Ujian' ini tidak seberapa jikalau hendak dibandingkan dengan ujian yang dihadapi oleh orang lain. Allah telah berfirman, 'sesungguhnya, bersama setiap kesukaran terdapat kesenangannya.'
Itu firman Allah dan juga janjiNya. Dan mereka yakin pada janjiNya.  
Moga-moga setiap langkah kaki mereka menuju ke kampus dalam menuntut ilmu, akan dikira Allah sebagai ibadah. Mungkin ini peluang mereka mendapat pahala. InsyaAllah,dengan niat yang betul. Moga-moga setiap langkah kaki mereka memberikan imbuhan pahala. *setiap derapan bersama imbuhan*

0 comments:

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP