Friday, May 14, 2010

Dari Diari Wardah Al Fateh




Ahad, 9 Mei

Hujan renyai-renyai petang itu menjadi saksi wardah sebagai insan terakhir berpindah ke BM lantaran rasa berat hati yang amat untuk meninggalkan sang Nilam. Pelbagai kenangan telah tercoret di daerah itu. Di daerah itu...

Wardah singgah sebentar di Sutera Indah. Persinggahan untuk melepaskan kerinduan yang baru sebentar kepada sahabat-sahabat Nilam. Suasana tenang namun ada yang menggelisahkan mata yang memandang serta telinga yang mendengar. Leteran ibu bapa benar-benar mengguris perasaan. Jauh di sudut hati, wardah turut kecewa sewaktu berada di bumi itu..

Isnin, 10 Mei

Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda dalam sebuah hadis bermaksud: “Barang siapa yang menjalani satu jalan untuk menuntut ilmu, nescaya Allah memudahkan baginya satu jalan menuju Syurga..."

Pertama kali wardah berjalan bersama Dhuha, Mujaheedah, Haura' dan Nishi ke kampus. Perjalanan dengan iringan nasyid shoutul harakah menaikkan lagi semangat srikandi melangkah. Jauh tapi dekat. Perjalanan dari BM ke kampus ini ibarat satu perjalanan mencari rabbi. Lelah mujahadah di pertengahan maka lewat tiba atau gagal bertemu destinasi pencarian.

Ukhwah dan dakwah merupakan dua perkara yang tidak dapat dipisahkan seperti aur dengan tebing. Ukhwah ibarat minyak kepada sesebuah kenderaan. Tanpa minyak, kenderaan tidak akan mampu untuk bergerak. Begitu juga dakwah, ukhwah ibarat minyak yang akan memacu dakwah. Mungkin perumpamaan ini kurang tepat kerana dakwah harus tetap berjalan namun staminanya akan lebih tinggi dengan adanya sahabat-sahabat yang sama-sama memikul tugas dakwah dan tarbiyah ini. Ukhwah sangat penting dalam menjaga stamina seseorang individu dalam tarbiyah.

Begitulah ukhwah yang kami doakan. Satu malam sahaja dapat bersama di BM, Wardah harus menyahut panggilan yang lebih aula.
Wardah bersyukur punya ahli bait yang sangat memahami.
Wardah terharu punya ahli bait yang membangkitkan bukan melemahkan.
Wardah gembira punya ahli bait yang turut bersama di jalan sukar ini.

Konklusi,

wardah + ahli bait = 1


Ku hadirkan wajahmu dalam doaku..agar rabithah hati kita semakin erat..

0 comments:

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP