Thursday, May 27, 2010

Setiap derapan bersama imbuhan~

Permulaan kalam,bismillah~

Masuk minggu ini, bermakna sudah tiga minggu Dhuha dan sahabat-sahabat tinggal sebumbung di bawah bumbung Baitul Muslim. Kawasan kampus yang berdekatan dengan Baitul muslim,membuatkan kami rasa bersyukur. Perjalanan hanya memakan masa tidak lebih dari 5 minit jika menaiki kenderaan seperti kereta dan juga motor. Namun, 5 sahabat dari Fakulti Syariah & undang-undang seakan-akan merancang. Kelima mereka tidak mempunyai lesen motor, tambahan pula hanya tiga orang dari mereka sahaja yang pandai mengendalikan ciptaan manusia tersebut. Hanya Wardah,Nishi dan Mujaheedah[sikit2] yang berkemahiran menunggang motosikal. Haura' dan Dhuha hanya berkemahiran menjadi pembonceng kepada sahabat2nya. Oleh sebab itu, perjalanan yang sepatutnya memakan masa 5 minit telah menjadi 25 minit.

Hari pertama berjalan menuju ke kampus, mereka di iringi oleh nasyid Kump Shoutul Harakah 'Gelombang Keadilan'.
Hari kedua, berjalan di bawah teduhan payung. Angin yang kuat menyebabkan payung Mujaheedah yang baru sahaja dibeli, telah mengalami sedikit kerosakan.
Hari ketiga. Berjalan beriringan. Bersama-sama. Berbual-bual. Mereka dikejutkan dengan salakan anjing. Sebahagian dari mereka mempercepatkan langkah, tidak kurang juga yang berlari,walhal anjing tersebut telah ditambat tuannya. Terkejut bukan kepalang Dhuha dan juga sahabat-sahabat apabila mereka disalak anjing. *anjing tu nak bergurau tu*
Hari keempat. Perjalanan kali ini tetap diteruskan. Namun, dengan ketelitian Nishi, mereka telah menemukan jalan 'shortcut'. Perjalanan hanya mengambil masa 15 minit. Jimat 10 minit! Namun,setiap kesenangan pasti disertai dengan kesusahan. *longkang besar dihadapan*

Setiap hari mengharungi perjalanan yang sama di bawah terik matahari, sedikit sebanyak melelahkan mereka. Namun, setiap dari ahli baitul muslim tidak pernah merungut akan hal ini. Mereka tahu dan mengerti bahawa mereka harus menempuhi ujian ini. 'Ujian' ini tidak seberapa jikalau hendak dibandingkan dengan ujian yang dihadapi oleh orang lain. Allah telah berfirman, 'sesungguhnya, bersama setiap kesukaran terdapat kesenangannya.'
Itu firman Allah dan juga janjiNya. Dan mereka yakin pada janjiNya.  
Moga-moga setiap langkah kaki mereka menuju ke kampus dalam menuntut ilmu, akan dikira Allah sebagai ibadah. Mungkin ini peluang mereka mendapat pahala. InsyaAllah,dengan niat yang betul. Moga-moga setiap langkah kaki mereka memberikan imbuhan pahala. *setiap derapan bersama imbuhan*

Read more...

Tuesday, May 18, 2010

Coretan Dhuha

Hari-hari yamg dilalui oleh Dhuha terasa semakin bererti. Ditemani sahabat-sahabatnya. Masing-masing cuba menghidupkan suasana. Saling bertukar pandangan dan nasihat. Setiap seorang menjadi pemberi dan penerima seusai menunaikan solat maghrib secara berjemaah. Dhuha terkagum sendiri, apabila mendengar kata-kata yang diberikan oleh sahabatnya, Nishi. Tidak disangka Nishi yang kelihatan sedikit 'otai' itu, mempunyai ilmu yang bukan sedikit pada hematnya. Dalam diam, Dhuha melafazkan rasa syukur.


***************************


Sayu. Itu yang dirasai oleh Dhuha apabila terbangun dari tidur keesokan harinya. Kekesalannya bukan sedikit. Tetapi, berganda-ganda. Dia tidak dipilih untuk bersama-sama Ahli Baitnya menghadap Sang Pencipta di dua pertiga malam. Sedangkan, dia juga ahli baitnya, begitu ingin menjadi pencinta Sang Pencipta. Istighfar. Digagahkan diri untuk bangun menunaikan solat subuh berjemaah. Diimamkan oleh wardah,masing-masing membawa hati menghadapNya. Kesayuannya bertambah apabila, Wardah membaca surah Al Muzammil di rakaat yang kedua. Sungguh, misi mereka adalah untuk mencari redhaNya.
Kelas yang akan bermula pada jam 9 pagi telah menenggelamkan seluruh ahli BM dalam kesibukan. Masing-masing membawa haluan sendiri. Dalam diam, Dhuha mula memuhasabah dirinya. Dhuha mengimbau kembali kenangan semasa berada di dalam halaqah BLC. Teringat kata-kata seorang sahabat. 'sesiapa yang tidak berkesempatan melakukan sesuatu amalan kebaikan, gantikan dengan amalan-amalan yang lain,dan lipat gandakan amalan tersebut. Sebagai ganti ketidak berpeluangan untuk melakukan amalan tersebut.'
Mengambil kata-kata tersebut sebagai pengubat kesayuan, Dhuha telah bertekad. Moga-moga, dia berkesempatan untuk bersama-sama ahli baitnya, dalam apa jua keadaan sekalipun.


*****************************


Kelas yang dilalui pada hari tersebut, terasa begitu meriah. Meriah dengan gelak tawa rakan-rakannya. Ketawa yang berpanjangan sepanjang kelas menyebabkan ketenangan Dhuha sedikit terusik. Entah mengapa, dia sendiri tidak mengerti. Perjalanan pulang ke rumah, hanya ditemani oleh Wardah dan Nishi. Jalan pintas diambil. Bukit bukau ditempuhi. Berpanas disiang hari amat melelahkan. 'Jom jihad. Kitakan Mujahidah'.Kata-kata sahabat menaikkan semangatnya untuk terus berjuang. Kerana, dia percaya, dan dia juga mengerti bahawa setiap langkah untuk menuntut ilmu, akan membuahkan 'buah-buah pahala'. InsyaAllah.


Melalui hari-hari di BM mengundang rasa syukur yang tidak terhingga kepada diri Dhuha. Bersama Mujaheedah,Wardah,Nishi, Haura', Laila,Ummu Syahid dan juga 5 orang sahabat dari Pendidikan Al-Quran As-sunnah, Dhuha belajar tentang erti kehidupan. Tentang tujuan penghidupan manusia.

'Dan tidaklah Aku menciptakan manusia dan jin, melainkan untuk beribadah kepadaKu'.


****************************


'Ya Allah, tautkanlah hati-hati kami dalam mencari redhaMU. Ya Allah, hati-hati ini telah bersatu, berkumpul di perut bumiMu, Hati ini telah berpadu bersatu memikul beban dakwahMU, Hati ini telah mengikat setia untuk mendaulat untuk mendokong syariatMu, maka Ya Allah, eratkanlah ikatan yang ada. Kekalkan kemesraan yang ada, tunjukkanlah jalan yang benar, tunjukkalah dengan cahayaMu, tiada malap terangi alam Mu,hidup suburkanlah dengan ma'firahMu, tapi jika ingin mematikannya, matikanlah sebagai syuhada'..dalam perjuangan menegakkan agama yang Mulia.





Read more...

Friday, May 14, 2010

Dari Diari Wardah Al Fateh




Ahad, 9 Mei

Hujan renyai-renyai petang itu menjadi saksi wardah sebagai insan terakhir berpindah ke BM lantaran rasa berat hati yang amat untuk meninggalkan sang Nilam. Pelbagai kenangan telah tercoret di daerah itu. Di daerah itu...

Wardah singgah sebentar di Sutera Indah. Persinggahan untuk melepaskan kerinduan yang baru sebentar kepada sahabat-sahabat Nilam. Suasana tenang namun ada yang menggelisahkan mata yang memandang serta telinga yang mendengar. Leteran ibu bapa benar-benar mengguris perasaan. Jauh di sudut hati, wardah turut kecewa sewaktu berada di bumi itu..

Isnin, 10 Mei

Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda dalam sebuah hadis bermaksud: “Barang siapa yang menjalani satu jalan untuk menuntut ilmu, nescaya Allah memudahkan baginya satu jalan menuju Syurga..."

Pertama kali wardah berjalan bersama Dhuha, Mujaheedah, Haura' dan Nishi ke kampus. Perjalanan dengan iringan nasyid shoutul harakah menaikkan lagi semangat srikandi melangkah. Jauh tapi dekat. Perjalanan dari BM ke kampus ini ibarat satu perjalanan mencari rabbi. Lelah mujahadah di pertengahan maka lewat tiba atau gagal bertemu destinasi pencarian.

Ukhwah dan dakwah merupakan dua perkara yang tidak dapat dipisahkan seperti aur dengan tebing. Ukhwah ibarat minyak kepada sesebuah kenderaan. Tanpa minyak, kenderaan tidak akan mampu untuk bergerak. Begitu juga dakwah, ukhwah ibarat minyak yang akan memacu dakwah. Mungkin perumpamaan ini kurang tepat kerana dakwah harus tetap berjalan namun staminanya akan lebih tinggi dengan adanya sahabat-sahabat yang sama-sama memikul tugas dakwah dan tarbiyah ini. Ukhwah sangat penting dalam menjaga stamina seseorang individu dalam tarbiyah.

Begitulah ukhwah yang kami doakan. Satu malam sahaja dapat bersama di BM, Wardah harus menyahut panggilan yang lebih aula.
Wardah bersyukur punya ahli bait yang sangat memahami.
Wardah terharu punya ahli bait yang membangkitkan bukan melemahkan.
Wardah gembira punya ahli bait yang turut bersama di jalan sukar ini.

Konklusi,

wardah + ahli bait = 1


Ku hadirkan wajahmu dalam doaku..agar rabithah hati kita semakin erat..

Read more...

Wednesday, May 5, 2010

Detik Pembukaan Kota BaitulMuslim




Prinsip 'Hidup mulia mati syahid' benar-benar memberi dorongan kepada wardah al fateh untuk berada di saf hadapan untuk melakukan cubaan berani mati. Dengan anugerah keberanian kurniaan Allah, wardah al fateh mula membuat terjunan. Mengambil sedikit lajak..semangat tak gentar..lalu..

perghh!!! daratan wardah tersasar..mungkin kaki melakukan sedikit kesilapan..

Dhuha Salahuddin pula menanti giliran...jelas semangat srikandi itu berkobar-kobar untuk membuat terjunan...mengambil iktibar dari si wardah..dhuha akhirnya berjaya mendarat dengan baik...

Lalu bermulalah misi utama kami setelah kawasan berjaya ditakluki.
1.membakar daun-daun kering dan membersihkan halaman belakang
2.membuka mangga pintu belakang yang hilang kuncinya

Panas yang amat..tiba-tiba kami menambah bahang yang sedia ada dengan membakar daun-daun kering...asap di 'tersedut' sehingga memedihkan mata dan hidung..

Beberapa kali mangga diketuk. Dan beberapa kali juga si dhuha mahu berputus asa. Cubaan yang tidak menampakkan hasil oleh sebab 'super power' si mangga. Hampir setengah jam setelah daun-daun kering sudah kehitaman dibakar...barulah..

يا عزيز يا جبّار يا متكبر

Tup! mudah benar si mangga mengalah..Hamdalah meniti di bibir ahli baitulmuslim. Dhuha sepertinya sangat terharu..

Benarlah dalam kuliah ustaz Zahazan ada menyebut, antara doa yang dimakbulkan ialah apabila dimulai dengan asma' Allah..puji-pujian kepada Allah..

Benda kecil tapi ibrahnya besar...mungkin kami terlupa bergantung kepada Dia..

OUR MISSION IS 'S U C C E S S'

BaitulMuslim berjaya ditakluki. Walaupun tidaklah sebesar rumah-rumah yang lain, kosong tak punya barang, jauh untuk pergi ke kuliah sepertinya 'beribu batu' jika berjalan mungkin..

tapi,

"Dan Dia memberi balasan kepada mereka kerana kesabarannya (berupa) syurga dan pakaian (sutera). Di sana mereka duduk bersandar di atas dipan, di sana mereka tidak melihat (merasakan teriknya) matahari dan tidak pula dingin berlebihan.Dan naungan (pepohonannya) dekat di atas mereka dan dimudahkan semudah-mudahnya untuk memetik (buah) nya." -Surah Al-Insan:12-14

Kami lebih mahu yang ini..

Oleh itu, kami perlu berkorban demi cinta

Bibir menuturkan ayat suci Al-Quran. Tangan menadah doa. Hati masing-masing di sentuh dengan sentuhan rabbi. Ada sebutir harapan bertandang di hati. Harapan untuk disatukan hati demi sampai kepada cinta sang Pemilik hati..

Semoga BaitulMuslim diberikan naungan cinta Ilahi

Ya Allah satukanlah hati-hati kami untuk berjuang di jalan-Mu.amin..

Read more...

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP